Cari:
Pasukan Keselamatan Iraq Tawan Pekan Amirli
2014-09-01 13:48:55 CRI Cetak

Menurut maklumat pihak tentera Iraq semalam, pasukan keselamatan Iraq melancarkan serangan besar-besaran terhadap pekan Amirli provinsi Salah ad Din dan berjaya menawan semula pekan yang dikepung oleh kumpulan pelampau Negara Islam Iraq(IS) selama lebih dua bulan. Pada masa yang sama, Australia dan Jerman mengumumkan menyertai operasi menggugurkan senjata dengan pesawat kepada pasukan Kurd di kawasan utara Iraq.

Menurut seorang anggota tentera provinsi Salah ad Din, bermula subuh pagi semalam, pasukan keselamatan Iraq bersama-sama dengan beberapa ribu anggota kumpulan bersenjata puak Syiah dan Kurd melancarkan serangan terhadap pekan Amirli dan berjaya menawan pekan itu pada tengah hari itu. Pasukan Tentera Udara Iran dan A.S. memberi bantuan udara dalam tindakan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China