Kejohanan Badminton Dunia ke-21 telah berakhir di Copenhagen, Denmark semalam. China telah memperoleh tiga pingat emas dalam acara perseorangan lelaki, acara beregu perempuan dan beregu campuran. Atlet Spanyol Carolina Marin menewaskan Li Xuerui, pemain China yang pernah meraih gelaran johan dalam Sukan Olimpik London dan menjuarai kejohanan dalam acara perseorangan wanita.
Atlet Spanyol Carolina Marin
Pemain Malaysia yang juga pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal merealisasikan impiannya untuk menjadi johan dunia selepas ditewaskan oleh pemain China, Chen Long dengan 0:2 dalam pertandingan akhir.