Israel mengumumkan semalam untuk memiliknegarakan sebuah pusat penempatan orang Yahudi yang seluas kira-kira 400 hektar yang terletak antara kawasan selatan Baitulmuqdish dengan Bethlehem.
Menurut laporan media Israel, pihak tentera Israel menyatakan bahawa tiada orang Palestin mempertikaikan pengumuman Israel tersebut. Bagi mereka yang menentang keputusan Israel itu boleh menyerahkan dokumen berkenaan dalam tempoh 45 hari.