Cari:
Sidang Kemuncak Jepun-India
2014-09-02 13:18:00 CRI Cetak

Jepun dan India akan menjalinkan "perkongsian strategik peringkat antarabangsa yang istimewa", meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, politik, kebudayaan dan kawalan keselamatan. Demikian dinyatakan dalam pengumuman bersama yang dikeluarkan selepas sidang kemuncak antara Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi di Tokyo semalam.

Kedua-dua pihak mengemukakan sasaran pelaburan dan kemasukan syarikat Jepun di India meningkat sekali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang. Jepun berjanji menyediakan pinjaman berjumlah 50 bilion yen kepada India dan berusaha menyediakan pinjaman bantuan kerajaan dan rakyat berjumlah 3.5 trilion yen lagi termasuk bantuan pembangunan kerajaan (ODA).

Jepun dan India memutuskan untuk mengadakan latihan bersama maritim berkala. Kedua-dua pihak akan merundingkan pewujudan mekanisme perbincangan Menteri Luar dan Pertahanan (2+2).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China