Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli telah bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam di Yakutsk Rusia dan bersama-sama merasmikan projek saluran paip gas asli timur China-Rusia sektor dalam wilayah Rusia.
Dalam pertemuan dengan Putin, Zhang Gaoli berkata, China bersedia bersama-sama Rusia untuk menggalakkan kerjasama bilateral yang saling menguntungkan agar berkembang ke bidang yang lebih luas, taraf yang lebih tinggi dan mencapai hasil yang lebih berkesan. Pelbagai projek strategik berpotensi menjadi penjana kepada hubungan perkongsian strategik menyeluruh China-Rusia, memberi sumbangan kepada pembangunan bersama kedua-dua negara juga memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.
Putin merakamkan terima kasih terhadap sokongan Presiden Xi Jinping kepada projek ini dan teruja untuk bertemu lagi dengan Presiden Xi.
Zhang Gaoli juga menyertai Mesyuarat Ke-11 Jawatankuasa Kerjasama Tenaga China-Rusia yang diadakan di Moscow pada 30 Ogos lalu.