Cari:
Sidang Kemuncak NATO Sasar Capai Rancangan Tindakan Persiapan Perang
2014-09-02 13:46:59 CRI Cetak

Anders Fogh Rasmussen

NATO menyasarkan pencapaian rancangan tindakan persiapan perang dalam sidang kemuncak yang bakal diadakan untuk mengatasi cabaran keselamatan dalam situasi baharu. Demikian kata Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen di Brussels semalam.

Dalam sidang akhbar semalam, Rasmussen menyatakan bahawa NATO sedang menghadapi banyak ancaman, iaitu campur tangan Rusia dalam urusan Ukraine, negara yang tidak stabil dan lemah bertambah banyak di kawasan selatan NATO serta kebangkitan pelampau dan konflik antara agama.

Menurut beliau, sidang kemuncak NATO yang akan diadakan di Britain pada 4 September nanti menyasarkan persepakatan untuk mengatasi pelbagai cabaran keselamatan dengan lebih tepat, cepat dan fleksibel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China