Cari:
Presiden Rusia dan Ukraine Bincang Situasi Ukraine
2014-09-04 13:06:55 CRI Cetak

Presiden Rusia, Viladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Ukraine, Petro Poroshenko telah berhubung melalui telefon untuk membincangkan situasi Ukraine serta bertukar-tukar pendapat mengenai langkah yang perlu diambil terlebih dahulu untuk menyelesaikan konflik di kawasan timur Ukraine.

Laman sesawang Presiden Rusia semalam menyiarkan taklimat yang menyatakan bahawa Putin dan Peskov telah membincangkan situasi Ukraine dan krisis kemanusiaan. Kedua-dua pemimpin itu mempunyai banyak pandangan yang sama dalam menyelesaikan krisis berkenaan.

Biro Penerangan Presiden Ukraine semalam mengeluarkan kenyataan dalam laman sesawang Presiden yang mengakui kedua-dua pemimpin itu sepakat mencapai gencatan senjata muktamad di kawasan Donbass Ukraine.

Dalam pada itu, Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin itu memang telah bertukar-tukar pendapat mengenai gencatan senjata, tetapi Rusia tidak akan menyertai pencapaian gencatan senjata itu kerana Rusia bukan pihak yang berkonflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China