Mesyuarat Peringkat Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana ke-21 APEC yang berlangsung selama sehari telah berakhir di Nanjing semalam.
Selain daripada Kenyataan Bersama Menteri, Manifesto Nanjing juga diumumkan untuk menyeru pelbagai entiti ekonomi di rantau Asia Pasifik agar memberi perhatian terhadap peranan yang dimainkan perusahaan kecil dan sederhana dalam pembangunan ekonimi APEC, di samping meningkatkan interaksi dan kerjasama antara syarikat kecil dan sederhana semua anggota APEC agar syarikat tersebut menjadi daya dorongan inovasi bagi pemulihan ekonomi negara rantau Asia Pasifik.