Cari:
Rundingan Pusingan ke-5 Berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China, Jepun dan RoK Berakhir
2014-09-06 15:50:49 CRI Cetak

Rundingan pusingan ke-5 berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China, Jepun dan Republik Korea berakhir di Beijing semalam. Ketiga-tiga negara telah mengadakan perbincangan yang berhasil mengenai kaedah penurunan tarif perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan, cara keterbukaan pelaburan serta lingkungan dan sektor yang terlibat dalam perjanjian.

Ketiga-tiga pihak telah mencapai kemajuan yang positif dalam rundingan mengenai lingkungan dan sektor perjanjian dan peraturan rundingan yang selanjutnya. Ketiga-tiga pihak juga bertukar-tukar pendapat secara mendalam mengenai perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan untuk mengurangkan perselisihan. Selain itu, ketiga-tiga pihak bersetuju menyenaraikan e-dagang, sektor alam sekitar dan kerjasama dalam perjanjian serta menubuhkan kumpulan kerja berkenaan.

Ketiga-tiga pihak juga bersetuju mengadakan rundingan pusingan ke-6 di Tokyo Jepun pada penghujung November tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China