Cari:
Iran Naifkan Bekerjasama dengan AS Untuk Banteras ISIS
2014-09-07 14:34:07 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marziyeh Afkham semalam menafikan laporan BBC mengenai pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei telah bersetuju tentera Iran bekerjasama dengan AS untuk membanteras kumpulan bersenjata pelampau Negara Islam Iraq dan Levent (ISIS) di Iraq. Menurut beliau, Iran tidak akan mempertimbangkan kerjasama dengan AS mengenai urusan di Iraq pada masa ini dan sikap itu adalah konsisten.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf semalam juga menafikan laporan BBC tersebut dengan berkata AS tidak mengadakan kerjasama atau berkongsi maklumat ketenteraan dengan Iran bagi membanteras ISIS pada masa ini dan juga tiada rancangan seumpama ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China