Cari:
Rusia Puas Hati Terhadap Pelbagai Pihak Patuhi Gencatan Senjata di Ukraine
2014-09-07 15:07:56 CRI Cetak

Rusia semalam mengesahkan bahawa Presiden Viladimir Putin ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Petro Poroshenko melalui telefon menyatakan kepuashatian terhadap pelbagai pihak yang berkonflik di Ukraine mematuhi mekanisme gencatan senjata. Beliau menegaskan bahawa mekanisme itu perlu dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah.

Kedua-dua pemimpin tersebut juga mengadakan perbincangan mengenai pemberian bantuan kemanusiaan kepada kawasan Langton Netsk dan Lugansk Ukraine di samping bertukar-tukar pendapat mengenai pengaruh penguatkuasaan perjanjian negara perhubungan Ukraine-Kesatuan Eropah terhadap negara persekutuan tarif.

Pada hari yang sama, Jabatan Penerangan Presiden Ukraine juga mengeluarkan kenyataan yang berkata kedua-dua pemimpin itu telah membincangkan langkah yang akan menyumbang kepada gencatan senjata muktamad di kawasan tenggara Ukraine. Presiden kedua-dua negara itu bersetuju akan memelihara perhubungan mengenai isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China