Cari:
Pajek Banteras IS Bakal Didedahkan
2014-09-08 13:39:38 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan memberi penjelasan tentang pakej pembanterasan kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam ucapannya yang bakal disampaikan pada 10 September nanti.

Obama dalam program temu bual siaran TV semalam berkata, pakej itu meliputi beberapa aspek termasuk ekonomi, politik dan ketenteraan. Jelas beliau, dalam masa beberapa bulan akan datang, AS akan bertindak membendung perkembangan IS, malah melumpuhkan kumpulan militan itu demi menakluk semula wilayah yang dirampas mereka.

Obama menegaskan bahawa sekutu antarabangsa dan serantau harus terlibat untuk menghadapi ancaman IS. Namun, angkatan tentera darat AS tidak akan dikerahkan untuk memerangi kumpulan militan berkenaan.

Dalam pada itu, pelbagai anggota Liga Negara-negara Arab (AL) dalam pengumuman bersama berkata, mereka akan mengambil langkah bagi membanteras IS. AL bertanggungjawab memutuskan sumber dana yang dialihkan kepada IS dan tidak bertolak ansur dari segi politik, sekali gus menggubal strategi antikeganasan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China