Cari:
PBB Bincang Wabak Ebola
2014-09-10 15:21:17 CRI Cetak

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric semalam berkata, Ban Ki-moon merancang mengadakan satu mesyuarat peringkat tinggi bagi menangani wabak Ebola di ibu pejabat PBB, New York dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, kerajaan pelbagai negara, pertubuhan bukan kerajaan, badan swasta dan agensi akademik digesa supaya mengambil langkah bagi menghadapi wabak Ebola yang terus merebak di Afrika Barat.

Setakat 6 September lalu, 4,269 kes wabak itu dikesan di Guinea, Sierra Leone dan Liberia dengan 2,288 kematian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa Liberia perlu membuat persiapan untuk menangani kes jangkitan yang meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China