Cari:
Putin: Sekatan Baharu AS dan EU Jejaskan Proses Damai di Timur Ukraine
2014-09-13 14:39:07 CRI Cetak

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pelaksanaan sekatan yang lebih ketat terhadap sektor pertahanan, kewangan dan sumber tenaga di Rusia kerana negara itu tetap menjejaskan situasi di bahagian timur Ukraine. Pada hari yang sama, Kesatuan Eropah (EU) juga mengumumkan sekatannya ke atas Rusia.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew dalam kenyataan berkata, sekatan terharap Rusia yang dikenakan oleh AS dan EU secara serentak itu adalah tindak balas ekoran negara itu campur tangan ketenteraan di timur Ukraine sehingga menjejaskan kestabilan kawasan itu.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Presiden Rusia, Vladimir Putin yang sedang menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Dushanbe menyatakan, sekatan baharu EU akan menjejaskan proses perdamaian di timur Ukraine. Kerajaan Rusia sedang menimbang untuk bertindak balas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China