Cari:
Mesir Mahu Sertai Kempen Banteras Keganasan
2014-09-14 13:36:18 CRI Cetak

Mesir dan Amerika Syarikat (AS) akan mengeratkan lagi kerjasama dalam usaha pembanterasan keganasan.

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry selepas berunding dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di Kaherah semalam dalam sidang media berkata, negara itu menyokong kempen AS memerangi kumpulan pelampau Negara Islam (IS) dan merayu masyarakat antarabangsa supaya bertungkus-lumus mengelak fahaman keganasan daripada terus merebak.

Menurut Sameh, semua kumpulan ganas adalah serupa dari segi ideologi. Hanya dengan kerjasama antara pelbagai negara, keganasan barulah dapat dikawal.

Semasa lawatan ke Mesir, John Kerry juga menemui Presiden negara itu, Abdel-Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung Liga Negara-negara Arab, Nabil el-Araby yang sebulat suara berpendapat bahawa kempen pembanterasan berkenaan harus diperluaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China