Cari:
Sarjana China: Ekspo China-ASEAN ke-11 Amat Bermakna
2014-09-15 14:23:14 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 iaitu Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN bakal dirasmikan di Nanning, Guangxi besok. Naib Pengarah Institusi Asia dan Afrika, Akademi Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China, Yuan Bo semasasa diwawancara oleh wartawan CRI berkata, ekspo kali ini amat bermakna kerana ia akan memberi asas bagi ekspo-ekspo seterusnya.

Yuan Bo berpendapat bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN telah memasuki era pembangunan keemasan, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) menghadapi kenaiktarafan, dan Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan cadangan membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Oleh itu, ekspo kali ini amat bermakna bagi mewujudkan kedua-dua sasaran tersebut.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua sasaran tersebut mempunyai kaitan yang rapat. Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 berasaskan kesalinghubungan dari segi interaksi rakyat, dasar, pengangkutan, perdagangan dan mata wang. Kebanyakan kandungan ini sejajar dengan matlamat penaiktarafan CAFTA.

Yuan Bo menjelaskan bahawa negara-negara ASEAN mempunyai tumpuan dalam pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan penaiktarafan CAFTA. Pertama, perusahaan kecil dan sederhana berharap lebih banyak produk ASEAN dapat memasuki pasaran China; Kedua, negara-negara ASEAN berharap agar menarik pelaburan China untuk menggalakkan perkembangan industri tempatan dan menawarkan lebih banyak peluang kerja. Ketiga, pembinaan kesalinghubungan infrastuktur China-ASEAN juga merupakan perhatian ramai.

Yuan Bo berpendapat bahawa CAEXPO yang akan datang harus mempertimbangkan keperluan negara-negara ASEAN tersebut. Sebenarnya, CAEXPO kali ini bukan sahaja mempamerkan komoditi pelbagai negara, tetapi juga meningkatkan perkhidmatan dari segi maklumat, kewangan, pengangkutan dan logistik, undang-undang bagi pelbagai perusahaan. Beliau juga bercadang untuk menyediakan platform maklumat yang menyeluruh dan percuma kepada pelbagai perusahaan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China