Kawasan sempadan antara China dengan India kekal aman dan tenteram. Masalah di kawasan tersebut tidak menjejaskan hubungan kedua-dua negara. China berharap kedua-dua negara terus mengekalkan keadaan tersebut.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.
Beliau berkata, hubungan China dengan India berada dalam titik permulaan sejarah yang baharu. Lawatan Presiden Xi Jinping ke India merupakan lawatan yang penting. China dan India merupakan dua kuasa yang penting di arena antarabangsa, dan juga dua pasaran yang besar serta tamadun yang cemerlang. Kedua-dua negara berusaha untuk mempercepat pembangunan untuk membangkitkan negara. China bersedia bekerjasama dengan India dalam proses tersebut.