Cari:
China, Sri Lanka Jalin Hubungan Rakan Kerjasama Strategik
2014-09-17 11:59:26 CRI Cetak

Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse mengadakan majlis sambutan yang meriah untuk Presiden China, Xi Jinping di Colombo semalam. Pemimpin kedua-dua negara mengadakan rundingan dalam suasana yang bersahabat. Kedua-dua pemimpin menyanjung tinggi persahabatan China-Sri Lanka, merancang kerjasama kedua-dua negara dan memutuskan akan memulakan rundingan perdagangan bebas (FTA) China-Sri Lanka demi menggalakkan hubungan rakan kerjasama strategik.

Xi menegaskan, China dan Sri Lanka merupakan sahabat dan rakan yang saling mempercayai dan bergantung. China menyokong usaha Sri Lanka untuk memelihara kebebasan, kedaulatan dan keutuhan wilayah dan menyokong rakyat Sri Lanka memilih jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negaranya.

Selepas rundingan, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan pemeteraian Pelan Tindakan Memperdalam Hubungan Rakan Kerjasama Strategik China-Sri Lanka, dan perjanjian kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pembinaan infrastruktur, kajian sains lautan, budaya dan pendidkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China