Cari:
Malaysia Tarik Pelaburan dari China
2014-09-18 12:27:02 CRI Cetak

Sidang mempromosi pelaburan ke Malaysia sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 diadakan di Nanning semalam. Malaysia berharap China meningkatkan pelaburan dalam bidang ekonomi dan perindustrian utama di negara itu.

Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Malaysia, Ahmad Khairuddin berkata, kerjasama perdagangan antara China dengan Malaysia kian meningkat. Pihaknya berharap menarik lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia melalui wadah CAEXPO. Malaysia akan membina kemudahan yang sempurna, iklim perdagangan yang terbuka serta dasar cukai keutamaan bagi pelabur asing. Pihaknya berharap syarikat China melabur dalam industri nilai tambah yang tinggi, industri intensif pengetahuan serta industri sains dan teknologi tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China