Cari:
China Sokong Seruan UNSC Mencegah Wabak Ebola
2014-09-19 12:51:32 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan meluluskan resolusi yang menyeru masyarakat antarabangsa mengambil tindakan demi mencegah penularan wabak Ebola.

Menurut resolusi itu, penularan wabak Ebola di Afrika memberi ancaman bagi keamanan dan keselamatan antarabangsa. UNSC menyeru negara-negara di kawasan tersebut membatalkan sekatan perjalanan dan sempadan yang menjejaskan usaha mencegah penularan wabak Ebola. Syarikat penerbangan dan pengangkutan laut digesa mengekalkan perhubungan perdagangan dan pengangkutan dengan negara-negara yang dilanda wabak itu.

Naib Wakil Tetap China ke PBB, Wang Min berkata, kerajaan China memutuskan akan menghulurkan bantuan wang, bahan makanan dan barang-barang keperluan yang bernilai RMB 200 juta yuan kepada Sierra Leone, Liberia, Guinea dan negara-negara jiran ketiga-tiga negara tersebut, di samping menyumbang USD 2 juta masing-masing kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kesatuan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China