Cari:
Mesyuarat Suruhanjaya Ketenteraan NATO Diadakan di Lithuania
2014-09-21 14:56:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan NATO, Knud Bartels (kedua dari sebelah kanan) menghadiri mesyuarat.

Mesyuarat Peringkat Ketua Turus Agung yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diadakan di Vilnius, ibu negara Lithuania. Mesyuarat tersebut membincangkan situasi keselamatan serantau, menggerakkan pelaksanaan "pelan tindakan persediaan pertempuran" NATO serta misi NATO di Afghanistan.

Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan NATO, Knud Bartels dalam sidang media berkata, isu-isu yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini melibatkan empat kawasan iaitu Rusia dan Ukraine, wiyalah Sahel Afrika, Asia Barat dan Afrika Utara, serta Asia-Pasifik.

Ketika menyebut isu Afghanistan, beliau berkata, NATO akan menyediakan latihan tentera dan bantuan berkenaan kepada negara itu selepas mengundurkan tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China