Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam sekali lagi menggesa Republik Korea (RoK) menghentikan tindakan mengedarkan risalah yang anti-DPRK bagi memperbaiki hubungan kedua-dua negara.
Jurucakap rombongan DPRK bagi mesyuarat peringkat tinggi DPRK-RoK memberitahu wartawan, DPRK telah dua kali menuntut kerajaan RoK menghentikan tindakan mengedarkan risalah anti-DPRK oleh pertubuhan kalangan rakyat negara itu. Namun pihak berkuasa RoK menafikan tindakan menyokong kegiatan pertubuhan kalangan rakyat tersebut.
Pada 19 September lalu, sebuah pertubuhan kalangan rakyat RoK mengumumkan akan mengedarkan 200 ribu helai risalah ke DPRK dari udara pada pukul 11.00 pagi 21 September waktu tempatan.