China dan Perancis bersetuju untuk menjadikan mekanisme interaksi sosiobudaya sebagai tunggak ketiga dalam hubungan China-Perancis berikutan dialog strategik dan kewangan.
Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong (kiri) bertemu dengan Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls.
Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ketika mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dalam rangka lawatannya ke Paris kelmarin.
Liu berkata, mekanisme interaksi sosiobudaya peringkat tinggi diwujudkan sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Perancis. Kedua-dua pihak perlu mempergiat kerjasama sosiobudaya yang pragmatik, demi memberikan sumbangan bagi memperdalam kesalingpercayaan politik, memperkasakan hubungan strategik dan meningkatkan tahap hubungan dua hala.
Manuel Valls pula berkata, interaksi sosiobudaya merupakan komponen penting antara hubungan Perancis-China. Pihaknya bersedia berusaha bersama China menggalakkan interaksi dan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, sains dan teknologi serta mewujudkan hubungan rakan strategik menyeluruh Perancis-China yang rapat dan berkekalan.