Asia Tenggara tidak patut menyebelahi mana-mana pihak antara AS dan China. Kebangkitan China serta strategi penyeimbangan semula AS di rantau Asia Pasifik harus menjadi peluang untuk mengintensifkan kerjasama serantau. Demikian dinyatakan oleh Penasihat Keselamatan Negara AS, Susan Rice semasa menyampaikan ucapan di Institusi Brookings yang merupakan kumpulan pemikir terkenal negara itu semalam.
Race berkata bahawa Presiden Barack Obama akan mengadakan lawatan ke China, Myanmar dan Australia pada bulan November nanti, bagi menghadiri Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin APEC, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di ketiga-tiga negara tersebut.
Kata beliau, kebangkitan China, strategi penyeimbangan semula AS di Asia Pasifik, kemakmuran semula Jepun serta kebangkitan India sepatutnya menjadi peluang kepada kerjasama serantau, dan bukannya hanya bermakna persaingan. Negara-negara Asia Tenggara tidak seharusnya memihak kepada mana-mana kuasa besar, khususnya antara AS dan China.