Cari:
Rusia: Serang IS Perlu Dapat Persetujuan Syria
2014-09-24 15:11:36 CRI Cetak

Serangan udara terhadap kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayah Syria perlu mendapat persetujuan kerajaan negara itu.

Demikian ditekankan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam perbincangan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menerusi telefon semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Kremlin, Putin dalam perbincangan itu berkata bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengkoordinasi operasi membanteras kumpulan IS dengan kerajaan Syria. 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Luar Rusia menyatakan bahawa usaha memerangi keganasan perlu dijalankan melalui kaedah yang komprehensif, dan tidak boleh dilakukan dengan dwistandard. Serangan udara yang dilancarkan secara sepihak tidak bermanfaat kepada ketenteraman serantau.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China