Cari:
Rundingan Gencatan Senjata Palestin-Israel Disambung Bulan Depan
2014-09-24 11:34:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan gencatan senjata pusingan baharu antara Palestin dan Israel, yang diusahakan Mesir sebagai orang tengah, akan diteruskan pada separuh kedua bulan Oktober. Demikian lapor agensi berita rasmi Mesir, MENA semalam.

Wakil perunding dari Palestin dan Israel mengadakan perbincangan secara tidak langsung yang dipengerusikan oleh agensi perisikan Mesir pada 23 September waktu tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi itu selepas rundingan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan gencatan senjata pada masa ini selain bertukar-tukar pendapat mengenai agenda dan jadual rundingan seterusnya dalam kerangka inisiatif gencatan senjata yang disarankan oleh Mesir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China