Cari:
AS Label 10 Anggota Pelampau Sebagai Pengganas
2014-09-25 16:09:07 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama menggesa masyarakat antarabangsa menganggotai pakatan yang diketuainya untuk bersama-sama membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS). Sementra itu, Jabatan Negara AS mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu telah menyenaraikan 10 anggota kumpulan pelampau sebagai pengganas antarabangsa dan akan membeku aset mereka yang terletak di bawah bidang kuasa AS.

Obama ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung PBB menyatakan bahawa IS melakukan banyak janayah kejam di Iraq dan Syria, termasuk membunuh orang awam yang tidak berdosa. AS akan menumpaskan kumpulan militan itu melalui penubuhan satu pakatan antarabangsa. Tambah beliau, terdapat lebih 40 negara yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai pakatannya.

Kementerian Luar Rusia bagaimanapun menegaskan, serangan udara AS terhadap kedudukan IS di Syria adalah tidak sah. Rusia turut menyeru rakan-rakan antarabangsa menyertai usaha menyusun strategi antikeganasan bersama.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China