Cari:
Keputusan Pembicaraan Kes Pembunuhan Ulama Besar di Xinjiang
2014-09-29 14:42:44 CRI Cetak

Ulama Besar Juma Tahir

Dua orang pengganas dihukum mati atas tuduhan membunuh Naib Pengerusi Persatuan Islam China yang juga Imam Masjid Etigar Kashgar, ulama besar Jume Tahir dalam pembicaraan secara terbuka Mahkamah Rakyat Peringkat Pertengahan Kawasan Kashgar Xinjiang semalam. Seorang pengganas lain yang terlibat dalam kes itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Berdasarkan siasatan, pengganas-pengganas tersebut menubuhkan kumpulan pengganas, melakukan kegiatan haram dengan dalih aktiviti keagamaan, menyebarkan fahaman ekstrem melalui audio dan video dari seberang laut, mengadakan latihan untuk serangan keganasan dan berancang membunuh tokoh-tokoh agama patriotik.

Pengganas yang membunuh ulama besar.

Pada 30 Julai lalu, kumpulan pengganas tersebut membunuh Jume Tahir di depan pintu Masjid Etigar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China