Cari:
Pembebasan Damai Tibet
2014-09-29 15:36:18 CRI Cetak

Tibet merupakan sebahagian daripada wilayah China sejak zaman purba. Bagaimanapun, dengan tercetusnya Perang Candu pada tahun 1840, Tibet dicerobohi oleh kuasa imperialis, dan terus dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Britain sehingga menjelang saat pembebasan damai. Untuk menggagalkan niat "memerdekakan Tibet" yang didalangi oleh kuasa imperialis sekali gus membebaskan seluruh Tanah Besar China daripada anasir luar, kerajaan pusat China memutuskan menghantar pasukan ke Tibet pada awal Januari 1950. Pada masa yang sama, untuk menyatupadukan rakyat etnik Tibet, kerajaan pusat berusaha mewujudkan pembebasan damai Tibet.

Bagaimanapun, pemerintahan Tibet yang dikuasai oleh kumpulan pemisah sengaja melarut-larutkan rundingan dan menempatkan kumpulan bersenjata bagi menghalang Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) memasuki Tibet. Pada Oktober 1950, PLA berjaya membebaskan Changdu. Kejayaan ini membanteras kumpulan pemisah, membuka jalan untuk memasuki Tibet dan memberi asas kepada pembebasan damai Tibet. Pada April 1951, delegasi kerajaan tempatan Tibet tiba di Beijing. Pada 23 Mei tahun itu, "Perjanjian Pembebasan Damai Tibet antara Kerajaan Rakyat Pusat dengan Kerajaan Tempatan Tibet" ditandatangani. Pada 24 Oktober tahun yang sama, Dalai Lama ke-14 mengutus kawat kepada mendiang Pengerusi Mao Zedong untuk menyatakan sokongan terhadap perjanjian tersebut. Dalai Lama menyatakan, beliau akan bekerjasama dengan pasukan PLA di Tibet, memperkukuh pertahanan negara, mengusir kuasa imperialis di Tibet, serta memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah tanah air di bawah pimpinan kerajaan pusat.

Pembebasan damai Tibet menggagalkan niat kuasa imperialis serta sebahagian kumpulan pemisah Tibet untuk "memerdekakan Tibet", serta membebaskan Tibet dari pencerobohan imperialis, memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara dan juga memberi asas kepada pemansuhan sistem petani hamba--sistem feudal di Tibet. Pembebasan damai merupakan batu tanda bagi Tibet berkembang daripada zaman gelap kepada zaman terang, daripada pemisahan kepada perpaduan serta daripada ketinggalan kepada kemajuan. Sejak itu, Tibet memasuki zaman pembangunan yang baharu, yang turut mencerminkan kejayaan cemerlang dasar negara yang diamalkan oleh Parti Komunis China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China