Sempana Hari Kebangsaan ke-65 Republik Rakyat China (PRC), seorang pelajar China yang menuntut di Australia, Lei Xiying mengesyorkan kempen "Bergambar dengan Benderaku" menerusi blog mikro. Cadangannya untuk bergambar dengan bendera kebangsaan dan menyampaikan restu kepada tanah air mendapat respons yang hangat oleh pengguna internet.