Cari:
Forum Beijing-Tokyo Ke-10 Keluarkan " Konsensus Tokyo"
2014-09-30 15:19:49 CRI Cetak

Forum Beijing-Tokyo ke-10 anjuran China Daliy dan Genro NPO Jepun berakhir di Tokyo semalam. Lebih 500 orang wakil kalangan politik, perdagangan, akademi dan media kedua-dua negara menyertai forum selama dua hari ini.

Para peserta berpendapat bahawa pemulihan hubungan China-Jepun yang menghadapi kebuntuan perlu berasaskan persefahaman dan sokongan rakyat kedua-dua negara. Kerajaan dan rakyat China dan Jepun perlu memikul tanggungjawab untuk menjalinkan hubungan bilateral yang damai dan stabil.

Dalam forum yang memfokus kepada topik "Kedamaian Asia Timur Laut serta tanggungjawab China dan Jepun" ini, para peserta mengadakan pertukaran yang tulus ikhlas mengenai masalah yang dihadapi China-Jepun dalam bidang politik, ekonomi, jaminan keselamatan dan media. Banyak persefahaman bagi memperbaiki hubungan China-Jepun telah dicapai dan banyak cadangan yang bersifat membina dikeluarkan. Semua ini telah diperlihatkan dalam "Konsensus Tokyo" yang dikeluarkan setelah forum ini berakhir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China