Cari:
Jabatan Kerajaan China Adakan Jamuan Sambutan Hari Kebangsaan
2014-09-30 15:46:24 CRI Cetak

Jabatan Am Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jabatan Pekerjaan Barisan Bersatu Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Jabatan Hal Ehwal Perantau China Dewan Negara, Jabatan Hal Ehwal Hong Kong dan Makau Dewan Negara dan Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara bersama-sama mengadakan jamuan sambutan Hari Kebangsaan di Dewan Besar Rakyat di Beijing malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Yu Zhengsheng dalam ucapannya menyatakan bahawa sejak Hong Kong dan Makau dikembalikan ke pangkuan tanah air, pelaksanaan dasar Satu Negara Dua Sistem mencapai kejayaan yang amat besar dan mendapat sokongan rakyat seluruh negara termasuk penduduk Hong Kong dan Makau, serentak itu juga mendapat penghargaan masyarakat antarabangsa. Kerajaan pusat China akan mengekalkan dasar tersebut, menyokong pentadbiran kerajaan Hong Kong dan Makau berdasarkan undang-undang berkenaan, mendorong perkembangan Hong Kong dan Makau menuju masa depan yang lebih cerah.

Yu Zhengsheng menegaskan bahawa mendorong perkembangan hubungan damai antara Tanah Besar dengan Taiwan dan mewujudkan penyatuan tanah air merupakan hasrat semua rakyat China. Kerajaan China akan berusaha mewujudkan hasrat itu di samping memberikan perhatian kepada perantau China di seberang laut dan memelihara hak dan kepentingan mereka yang sah di negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China