Setakat semalam, gunung berapi Ontake-san di tengah Jepun yang meletus telah mengakibatkan 12 orang maut dan 24 lagi berada dalam keadaan bahaya.
Menurut Agensi Berita Kyodo, kira-kira 550 orang polis, anggota pasukan bomba dan anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun menyertai operasi menyelemat semalam. Operasi menyelemat diganggu letusan gunung berapi itu sehingga terpaksa berhenti petang semalam. Sekarang masih terdapat beberapa pendaki gunung terkandas di kawasan sekitar puncak gunung itu dan bilangan kematian dijangka akan meningkat. Sekarang jumlah kecederaan mencatat 63 orang.