Cari:
Xi Jinping Hadiri Upacara Peletakan Jambangan Bunga di Tugu Peringatan Pahlawan Rakyat
2014-09-30 16:57:19 CRI Cetak

30 September 2014 diisytiharkan sebagai Hari Pahlawan di China buat pertama kali yang juga sempena ulang tahun ke-65 penubuhan Republik Rakyat China, para pemimpin Parti Komunis dan kerajaan China termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli bersama-sama dengan wakil pelbagai kalangan masyarakat Beijing menghadiri upacara peletakan jambangan bungan di Tugu Peringatan Pahlawan Rakyat di lapangan Tian An'men di Beijing pagi tadi.

Dalam upacara yang bermula pukul 10.00 itu, para hadirin menyanyikan lagu kebangsaan, kemudian bertafakur untuk mengenang pahlawan-pahlawan China yang telah gugur. Seterusnya sembilan buah jambangan bunga yang besar diletakkan di depan Tugu Pahlawan Rakyat, dan para pemimpin turut menyampaikan penghormatan kepada pahlawan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China