Cari:
Obama: Kebangkitan India Bersesuaian dengan Kepentingan A.S.
2014-10-01 13:47:38 CRI Cetak

Presiden A.S., Barack Obama dan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan di Rumah Putih semalam. Kedua-dua pihak telah membincangkan isu mengenai perdagangan, perubahan iklim dan keselamatan untuk mencari kaedah mengembangkan hubungan rakan kedua-dua negara. Obama menyatakan bahawa kebangkitan India bersesuaian dengan kepentingan A.S..

Pengumuman bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan itu berakhir menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin berjanji melancarkan inisiatif pelaburan A.S.-India yang berteraskan pengembangan pasaran modal dan pengumpulan dana untuk pembinaan infrastruktur. Serentak itu, kedua-dua pihak akan mengambil langkah untuk meningkatkan jumlah perdaganan bilateral sebanyak lima kali ganda berbanding dengan USD 100 bilion sekarang.

Menurut pengumuman itu, Modi menegaskan akan mengutamakan hubungan rakan dengan A.S. dalam dasar luarnya, manakala Obama menganggap kebangkitan India bersesuaian dengan kepentingan A.S..

Obama memberitahu wartawan bahawa beliau dan Modi juga telah membincangkan isu Afghanistan dan cabaran yang dihadapi Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China