Cari:
Rusia Akan Bekalkan Gas Asli Sekiranya Ukraine Jelaskan Hutang
2014-10-01 14:35:33 CRI Cetak

Rusia akan memulihkan bekalan gas asli kepada Ukraine dengan prasyarat Ukraine menjelaskan hutang sebanyak USD 2 bilion dan memberi pembayaran awal sebanyak USD 1.9 bilion untuk membeli gas asli bekalan baharu. Demikian dikatakan Menteri Sumber Tenaga Rusia, Alexander Novak semalam.

Perunding daripada Kesatuan Eropah, Rusia dan Ukraine telah mencapai persepakatan mengenai isu Rusia membekalkan gas asli kepada Ukraine di Berlin, ibu negara Jerman pada 26 September lalu. Ukraine akan menjelaskan hutang sebanyak USD 3.1 bilion kepada Rusia menjelang penghujung tahun ini, USD 2 bilion daripadanya perlu dibayar menjelang penghujung Oktober. Cara penyelesaian muktamad mengenai isu tersebut dijangka dicapai pada minggu ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China