Cari:
Lebih 3300 Orang Mati Ekoran Virus Ebola
2014-10-02 13:32:28 CRI Cetak

Berdasarkan maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus Ebola yang menular di Afrika telah mengakibatkan lebih 3300 orang mati, selain 7178 pesakit lain yang telah dipastikan atau disyaki dijangkiti virus tersebut.

Kebanyakkan kes kematian berlaku di Liberia, Guinea dan Sierra Leone. Antaranya 1998 kes kematikan dilaporkan di Liberia. WHO yakin masih terdapat banyak kes baharu belum dilaporkan dan setakat ini belum ada gejala wabak tersebut terkawal.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam meninjau Pusat Operasi Kesihatan Strategik di ibu pejabat WHO di Geneva untuk mendengar laporan mengenai penularan wabak Ebola. Pada masa yang sama, utusan khas beliau telah tiba di Liberia untuk mendapat maklumat berhubung keperluan tempatan dalam perjuangan dengan wabak Ebola.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China