Setiasaha Agung NATO baharu, Jens Stoltenberg menyatakan semalam bahawa tiga tugas utama NATO pada masa depan adalah mengekalkan kekuatan NATO, memelihara kestabilan negara jiran NATO melalui kerjasama rakan dan memperkukuh hubungan Eropah-A.S..
Jens Stoltenberg menyandang jawatan Setiausaha Agung NATO secara rasmi dengan menggantikan Anders Fogh Rasmussen dan beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis NATO buat pertama kali semalam. Dalam sidang akhbar pada hari yang sama, Anders Fogh Rasmussen menyatakan bahawa NATO sedang menghadapi pelbagai cabaran yang lama dan baharu, krisis Ukraine dan keganasan Negara Islam(IS) telah mengancam keselamatan NATO. NATO telah membuat keputusan untuk mengatasi cabaran keselamat itu dalam sidang kemuncak pada bulan September, dan tugas beliau adalah melaksakankan keputusan itu.