Cari:
Duta Besar China Ke AS Terbitkan Rencana Sambutan Hari Kebangsaan
2014-10-03 14:15:31 CRI Cetak

Sempena ulang tahun ke-65 penubuhan Republik Rakyat China, Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai menerbitkan rencana yang bertajuk "Masa Yang Patut Diraikan" dalam laman web majalah "Dasar Luar" AS pada 30 September lalu.

Cui Tiankai menyatakan, China telah berkembang dari sebuah negara yang diasingkan menjadi penjana ekonomi dunia. Kejayaan China bergantung pada jalan pembangunan secara damai. Sekarang China telah menjadi etiti ekonomi kedua terbesar dan negara perdagangan terbesar di dunia. Ekonomi China semakin berkait rapat dengan ekonomi dunia. Isu peluang kerja, pelaburan, perdagangan dan sumber alam di China pula bersangkut paut erat dengan dunia. Kedamaian amat penting bagi pembangunan berterusan China. Pembangunan China juga tidak akan menjejaskan kepentingan negara lain.

Menurut beliau, tahun ini ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-AS. Meskipun pernah mengalami gangguan, perkembangan hubungan China-AS sentiasa menuju ke depan. Kepentingan bersama kedua-dua negara semakin bertambah. Yang paling penting ialah, kerjasama China-AS bukan sahaja membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara, tetapi juga bermanfaat bagi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran Asia-Pasifik bahkan dunia. Dalam pertemuan di California tahun lalu, Presiden China Xi Jinping telah mencapai persepakatan penting dengan Presiden Barack Obama mengenai pembentukan hubungan antara negara besar jenis baharu. Sejarah telah membuktikan bahawa kerjasama membawa faedah kepada China dan AS, manakala pertentangan menjejaskan kepentingan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China