Cari:
Norway Tarik Balik Permohonan untuk Anjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
2014-10-03 13:19:52 CRI Cetak

Ibu negara Norwey, Oslo semalam mengumumkan secara rasmi menarik balik permohonan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Sekarang bandar calon hanya tinggal Beijing, China dan Alma-ata, Kazakhastan.

Kerajaan Norway telah mengadakan pengundian mengenai sama ada menyokong Oslo memohon untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 atau tidak. Keputusan pengundian itu menunjukkan kebanyakan orang menentang perkara itu. Dengan ini, kerajaan tidak akan memberikan sokongan kewangan kepada permohonan Oslo.

Oslo merupakan bandar keempat yang menarik balik permohonannya selepas Stocholm, Sweden, Krakow, Poland dan L'Vov, Ukraine.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan memutuskan bandar mana akan menjadi tuah rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dalam sidang pleno yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Julai tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China