Cari:
IS Dikutuk Pancung Tebusan Britain
2014-10-04 15:14:50 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam mengeluarkan kenyataan yang mengutuk kumpulan pelampau Negara Islam (IS) memancung tebusan Britain, Alan Henning dan menegaskan tekadnya untuk menumbukkan kumpulan tersebut.

Jenayah itu sekali lagi memperingati bahawa sukarelawan kemanusiaan menghadapi risiko yang semakin bertambah di Syria. UNSC menegaskan pelaku keganasan patut dihukum, tindakan ganas semestinya dibanteras dan ancaman terhadap kedamaian dan keselamatan antarabangsa patut dihancurkan mengikut Piagam PBB.

IS semalam melancarkan video berhubung pembunuhan terhadap Alan Henning yang ditahan di Syria pada tahun lalu. Dia menjadi korban tebusan Britain kedua selepas David Haines. Pembunuhan itu disifatkan tindakan balas terhadap kerajaan Britain yang melibatkan diri dalam misi serangan udara yang didominasi oleh Amerika Syarikat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China