Cari:
Dialog RoK,DPRK Diharap Dirutinkan
2014-10-07 14:00:39 CRI Cetak

Presiden Republik Korea (RoK), Park Geun-hye menyeru Republik Rakyat Demoratik Korea(DPRK) dan RoK supaya melakukan dialog berkala bagi memperbaiki hubungan dua hala.

Demikian dinyatakan beliau dalam mesyuarat setiausaha kanan di pejabat Presiden, Cheogn Wa Dae semalam.

Ketika menyentuh tentang perkara rombongan DPRK melawat ke RoK, Park Geun-hye berkata, kedua-dua negara itu mencapai persetujuan mengenai rundingan peringkat tinggi kedua yang dijadualkan pada penghujung bulan ini hingga awal bulan depan. Ini besar maknanya kerana merupakan titik perubahan dalam usaha memperbaiki hubungan selatan-utara.

Beliau juga menggesa jabatan berkenaan supaya merutinkan dialog berkenaan hingga meletakkan asas bagi mewujudkan penyatuan Semenanjung Korea secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China