Cari:
Serangan UAV di Pakistan, 8 Maut
2014-10-07 15:15:02 CRI Cetak

Media Pakistan melaporkan, sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) milik tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan dua roket ke atas kubu anasir bersenjata di puak Waziristan Utara di barat laut negara itu malam tadi, yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala enam lagi cedera. Kini, identiti semua mangsa tersebut masih belum dikenal pasti.

Sejak awal tahun ini, serangan udara yang dilancarkan UAV AS terhadap Pakistan mengakibatkan lebih 80 orang terkorban.

Parlimen Kebangsaan Pakistan meluluskan resolusi penghujung tahun lepas yang mengutuk serangan berkenaan melanggar Piagam PBB, Undang-undang Antarabangsa dan piawaian kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China