Cari:
IMF Turunkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2014-10-08 15:45:37 CRI Cetak

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Laporan Prospek Ekonomi Dunia semalam telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2014 kepada 3.3%, serentak itu mengeluarkan amaran mengenai risiko kemerosotan ekonomi dan menasihatkan kebanyakan entiti ekonomi agar berfokus kepada mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Laporan itu menunjukkan bahawa risiko jangka pendek yang dihadapi ekonomi dunia termasuk keburukan situasi geopolitik dan pergolakan pasaran kewangan dengan kadar faedah yang rendah. Manakala risiko jangka sederhana melibatkan pertumbuhan ekonomi entiti ekonomi maju dan entiti ekonomi baharu muncul menjadi perlahan bahkan terdapat sesetengah entiti ekonomi maju mungkin akan berada dalam kebuntuan. IMF juga menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2015 kepada 3.8%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China