Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi menyatakan semalam bahawa PBB telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang pada tahun lalu. China bersedia bersama-sama dengan negara lain meningkatkan sokongan terhadap kerja PBB.
Dalam sidang pleno Perhimpunan Agung PBB ke-69 yang membahaskan laporan Setiausaha Agung PBB mengenai kerja PBB, Liu Jieyi menyatakan bahawa China menghargai usaha yang dilakukan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan sekretariat PBB pada setahun yang lalu.
Dalam sidang itu, Liu Jieyi juga telah membentangkan pendirian China mengenai Agenda Pembangunan Pasca 2015, perubahan iklim dan pembaharuan PBB. Menurut beliau, tahun depan adalah ulang tahun ke-70 penubuhan PBB yang juga ulang tahun ke-70 kemenangan perang anti Fasis. China bersedia bersama-sama dengan anggota PBB lain menyokong dan melaksanakan fahaman pelbagai hala, memelihara prinsip dan tujuan Piagam PBB dan norma asas hubungan antarabangsa, terus meningkatkan sokongan terhadap kerja PBB di samping mengambil bahagian dalam kerja PBB yang melibatkan pelbagai bidang untuk memberikan sumbangan lebih besar bagi mewujudkan keharmonian, kedamaian yang berkekalan dan kemakmuran bersama di dunia.