Setakat pukul 4.40 pagi tadi, gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda pekan Yinggu, bandar Pu'er, provinsi Yunnan China telah mengakibatkan seorang mati dan 324 lagi cedera.
Menurut maklumat berkenaan, gegaran yang dahsyat telah mengakibatkan 6507 buah rumah yang melibatkan 2169 keluarga di pekan Jinggu runtuh. Jumlah mangsa bencana mencatat 92,700 orang, 56,880 orang daripadanya telah dipindah ke tempat selamat. Gempa bumi itu juga mengakibatkan sebahagian kemudahan infrastruktur rosak termasuk pengangkutan, pengairan dan bekalan elektrik.
Kerja menyelamat turut bermula selepas bencana gempa itu berlaku. Setakat ini, pasukan bomba telah menghantar 132 buah kereta, 868 anggota dan 35 ekor anjing untuk menyertai operasi menyelamat di kawasan bencana.