Cari:
China Tumpu Pindaan Panduan Kerjasama Pertahanan Jepun-AS
2014-10-09 12:00:19 CRI Cetak

China memberi tumpuan kepada pindaan "Panduan Kerjasama Pertahanan Jepun-AS". Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar semalam.

Menurut beliau, hubungan persekutuan Jepun-AS merupakan hubungan yang terjalin berikutan peristiwa tertentu sejarah. Hubungan tersebut tidak patut melampaui skop dua hala dan menjejaskan kepentingan pihak ketiga, termasuk China.

Berdasarkan laporan berhubung pindaan "Panduan Kerjasama Pertahanan Jepun-AS" yang diumumkan dalam mesyuarat peringkat pengarah diplomatik dan pertahanan di Tokyo semalam, kerajaan Jepun dan AS mempertimbangkan untuk memperhebatkan misi dan memperluaskan kawasan pergerakan Pasukan Pertahanan Diri Jepun selepas Jepun membatalkan larangan hak pertahanan diri kolektif serta mengintensifkan hubungan persekutuan Jepun-AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China