Pekan Yongping di Kaunti Jinggu
Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter dengan pusat gegaran gempa sedalam lima kilometer melanda pekan Jinggu, bandar Pu'er provinsi Yunnan pada pukul 9.49 malam waktu Beijing 7 Oktober lalu. Setakat pukul 15.00 petang semalam, gempa bumi itu mengakibatkan seorang mati dan 324 lagi cedera, 6.988 buah rumah runtuh dan jumlah mangsa mencatat 124.6 ribu orang.
Selepas bencana gempa itu berlaku, Presiden China Xi Jinping segara mengeluarkan arahan yang menuntut kerajaan tempatan dan jabatan berkenaan menumpukan tenaga dalam operasi menyelamat mangsa yang cedara, meuntut pasukan tentara dan pasukan polis tentera segara menyertai operasi menyelamat. Beliau juga menuntut pihak berkenaan memindahkan penduduk ke tempat yang selamat dan meningkatkan pemantauan dan ramalan terhadap gempa susulan untuk mencegah bencana baharu supaya kerugian dikawal pada tahap minimum. Selain itu, pihak berkenaan juga digesa menjalankan pembangunan semula pasca gempa bumi di Ludian dengan baik dan memastikan kehidupan penduduk pada musim sejuk yang akan datang.
Perdana Menteri China, Li Keqiang juga telah mengeluarkan arahan tentang operasi menyelamat yang melibatkan pelbagai jabatan.