Mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 2014 berakhir di Washington kelmarin. Dengan latar belakang pemulihan ekonomi sejagat lemah daripada jangkaan dan menunjukkan risiko kemelesetan, kaedah mengelak daripada ekonomi global terperangkap dalam pertumbuhan dengan kadar rendah menjadi topik perbincangan utama dalam mesyuarat tersebut. Para peserta mencapai kata sepakat dan rancangan tindakan berkenaan berhubung pertumbuhan ekonomi makro, pembaharuan struktur ekonomi dan pelaburan terhadap infrastruktur. Masyarakat antarabangsa berharap Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC dan Sidang Kemuncak G20 dapat menggalakkan keyakinan negara-negara di dunia dan mendorong proses pemulihan ekonomi dunia.
Kaedah yang diambil oleh pelbagai negara untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi amat diperhatikan. Tekad dan tindakan China mewujudkan pertumbuhan ekonomi dengan pesat dan melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh diiktiraf pelbagai pihak. Dalam sidang media kelmarin, Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata, kerajaan China berhasrat mengubah suai kebergantungan pada pelaburan dan eksport kepada penggunaan dan perkhidmatan. Meskipun kadar pertumbuhan menurun ke paras 7.5%, namun China tetap mendorong proses pembaharuannya.
Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 telah diadakan di Washington pada 9 hingga 10 Oktober lalu. Naib Menteri Kewangan China, Zhu Guangyao dan Naib Gabenor Bank Rakyat China, Yi Gang menghadiri mesyuarat tersebut. Menurut Zhu Guangyao, berdasarkan laporan "Prospek Ekonomi Dunia" yang dikeluarkan IMF baru-baru ini, jangkaan pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2014 diturunkan kepada 3.3% daripada 3.4% pada bulan Julai. Seluruh dunia tetap berdepan dengan cabaran besar dan pemulihan tetap perlahan, tidak seimbang dan lemah. Dalam keadaan ini, masyarakat antarabangsa berharapan tinggi terhadap Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC dan Sidang Kemuncak G20 supaya kedua-duanya dapat menggalakkan keyakinan pelbagai negara dan mendorong proses pemulihan ekonomi dunia.