Cari:
China, Rusia Rapatkan Hubungan Bilateral
2014-10-14 15:34:49 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyifatkan prospek kerjasama pragmatik China-Rusia sebagai amat cerah. Beliau menasihati kedua-dua negara ini supaya meneruskan pembukaan pasaran, meningkatkan skop perdagangan, memperluas pelaburan dua hala dan mengusahakan projek strategik utama.

PM China berkata demikian dalam sidang media sesudah menghadiri pertemuan berkala ke-19 PM China-Rusia dengan rakan sejawatnya Dmitry Medvedev di Mosco semalam.

Li berharap agar hubungan dan persefahaman antara China dengan Rusia dapat diperkukuh lagi menerusi program pendidikan, aktiviti pertukaran kebudayaan dan sebagainya.

Medvedev turut berkata, Rusia dan China adalah rakan kerjasama strategik. Peningkatan kerjasama bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malahan seluruh dunia. Hasil pertemuan berkala yang memberangsangkan itu akan mendorong pembangunan kedua-dua negara itu.

Tambah beliau, Rusia bersedia memperluas skop perdagangan dengan China sehingga mewujudkan matlamat nilai berkenaan mencecah USD 100 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China